Thursday, June 30, 2011

Tinta Tuan Guru #8

"Saya berpesan kepada kita semua agar menjaga ibadat solat sekalipun berada di padang bola sepak.

Kalau di padang bola sepak, tuan-tuan akan berhati-hati agar tidak dikenakan kad merah tetapi kalau dalam berkaitan dengan solat, kad merah juga boleh dilayangkan oleh malaikat.."

Ucapan di Majlis Penyampaian Sagu Hati Kepada Pihak Pengurusan Dan Pemain Bola Sepak KAFA pada 25 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Wednesday, June 29, 2011

Tinta Tuan Guru #7

"Semua orang islma diajar didalam solat dan azannya untuk menyebut Allahuakbar, ertinya Allah Maha Besar. Tak kira bangsa apa, jika dia islam, perlu menyebut Allah Yang Maha Besar.

Jika didalam solat dan azan disebut Allah Maha Besar, maka datang dari mana pula idea Ketuanan Melayu yang membesarkan bangsa ini.."

Majlis Perasmian Program PAS Ganti UMNO di Kemaman, Terengganu Pada 15 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Tuesday, June 28, 2011

Tinta Tuan Guru #6


 "Kerajaan nak lantik duta pastinya akan dipilih daripada orang yang rekodnya baik, ada ilmu dan sebagainya kerana orang ini akan jadi wakil yang akan mewakili negara di tempat lain.

Demikian juga Allah SWT nak lantik 'duta'Nya iaitu Nabi Muhammad SAW, orang ini telah diproses dengan tarbiyah selama 40 tahun agar benar-benar faham dan layak untuk menjadi 'duta' Allah SWT iaitu Rasulullah SAW.."

Kuliah di Medan Ilmu pada 14 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Monday, June 27, 2011

Tinta Tuan Guru #5

 
"Dalam islam, ada benda-benda yang diperintahkan yang kita tidak boleh (tidak dapat) fikir.

Kita ke Mekah contohnya, ada batu yang diminta kita kucup iaitu batu hajarul-aswad, ada batu yang diminta kita lontar iaitu ketika melontar di Jamrah.

Apa beza batu itu dan batu ini? Wallahua'lam. Tapi kita kena buat tanpa soal kerana itu perintah Allah. Begitu juga dengan syariat Allah, perlu kita laksanakan tanpa soal kerana itu perintah Allah.."

Kuliah di Medan Ilmu pada 14 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Sunday, June 26, 2011

Tinta Tuan Guru #4



"Manusia membuat sangat berbeza dengan Allah membuat.

Manusia buat rumah contohnya, tetapi menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada. Kayu, batu, pasir, air semuanya sudah ada. Manusia hanya memprosesnya.

Tetapi Allah, buat dunia daripada benar-benar tidak ada langsung kepada ada. Begitulah hebatnya Allah dan bezanya dengan manusia.."

Kuliah di Medan Ilmu Pada 14 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Saturday, June 25, 2011

Tinta Tuan Guru #3


"Kita buat solat hajat ni kita minta dengan Allah SWT. Padanlah kalau kita minta dengan Allah jika perjuangan kita ini betul dengan kehendak Allah SWT.

Saya hairan, bagaimana orang-orang yang menentang kehendak Allah boleh solat hajat. Dengan siapakah mereka minta supaya hajat mereka dikabulkan jika dalam masa yang sama mereka buat balah dengan Allah?"

Ceramah di Majlis Solat Hajat Dan Ceramah Umum di Stadium Melawati, Shah Alam pada 9 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Friday, June 24, 2011

Untukmu Wanita






















Hijjaz - Dilema

Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya

Tinta Tuan Guru #2


"Kasihnya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum dijadikan manusia di bumi.

Sepertimana kita ingin menerima menantu, kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah, lauk-pauk sehingga air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba dihari perkahwinan.

Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba, demikianlah juga kasih Allah SWT bahkan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita kepada bakal menantu.."

Ucapan di Majlis pelancaran Isuzu N-series bertempat di TEC United Auto Sdn. Bhd, Kg Tapang, Kota Bharu pada 6 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Thursday, June 23, 2011

Pemimpinku

Sultan Muhammad Ke-5
Tuanku Muhammad Faris Petra

 

Ya Allah Ampunilah HambaMu Yang Kerdil Ini













Raihan - Mengemis Kasih

Tuhan dosa ku menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Peringatan Buat Diri

Mengenang Kembalinya Seorang Pejuang

Kamikaze - Luhur

Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis

Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi

Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan

Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali

Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu

Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti

Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

Menjadi satu kenangan yang abadi

Tinta Tuan Guru #1

Hidup regu mati, Seperti pagi regu petang.
Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka.
Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu.
Yang tidak ada regu hanya Allah sahaja.

Sekular langsung tidak perlu wujud di dunia allah ini. Kalaupun diadakan juga, sila buat dunia sendiri

“Rakyat Saudi yang memandu sebelah kanan tidak boleh memandu kanan bila mereka ke Malaysia, walaupun Rajanya sendiri kerana mereka berada di negara ini.”

Inikan pula kita berada di atas alam dunia
Langit bumi ciptaan Allah

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Sunnah Orang Berjuang

Hijjaz-Sunnah Orang Berjuang

Berjuang Menempah Susah
Menanggung Derita Menongkah Fitnah
Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka
Seorang Mujahid Membela Taufiq

Dipisah Dia Berkelana
Dibelenggu Dia Uzlah Menagih Mehnah
Namun Jiwa Tetap Marak Memburu Cinta
Membara Demi Allah Dan Rasulnya

Berjuang Tak Pernah Senang
Ombak Derita Tiada Henti
Tenang, Resah Silih Berganti
Inilah Sunnah, Orang Berjuang

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu
Dihiris Dosa Air Mata
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba
Memerah Keringat Mencurah Tenaga
Itulah Sunnah, Berjuang, Ke Jalan Allah

Berjuang Memang Pahit
Kerana Syurga Itu Manis
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih

Berjuang Ertinya Terkorban
Rela Terhina Kerana Kebenaran
Antara Dua Jadi Pilihan.
Dunia Yang Fana Atau Syurga

Berjuang Tak Pernah Senang
Ombak Derita Tiada Henti
Tenang, Resah Silih Berganti
Inilah Sunnah Orang Berjuang

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu
Dihiris Dosa Air Mata
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba
Memerah Keringat Mencurah Tenaga

Berjuang Ertinya Terkorban
Rela Terhina Kerna Kebenaran
Antara Dua Jadi Pilihan
Dunia Yang Fana Atau Syurga

Wednesday, June 22, 2011

Ku Berlari

Firdaus

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini
Aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerana-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerana hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari

Ubat Hati

Ubat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca qur’an dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima zikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Lirik: Opick - Tombo Ati

Peribadi Berzikir

Peribadi Berzikir
Oleh: Arifin Ilham

Zikir menjadi keperibadiannya.
Allah tujuannya.
Rasulullah SAW teladan dalam hidupnya.
Dunia ini pun menjadi syurga sebelum syurga yang sebenarnya.
Bumi menjadi masjid baginya.
Rumah, kantor bahkan hotel sekalipun menjadi musholla baginya.
Tempat ia berpijak
Meja kerja, kamar tidur, hamparan sejadah baginya.

Kalau dia bicara, bicaranya dakwah.
Kalau dia diam, diamnya berzikir.
Nafasnya tasbih.
Matanya penuh rahmah Allah, penuh kasih sayang.
Telinganya terjaga.
Pikirannya baik sangka.
Tidak sinis.
Tidak pesimis.
Dan tidak suka membonis.

Hatinya,
subhanallah, diam-diam berdoa.
Doanya diam-diam.
Tangannya bersedekah.
Kakinya berjihad.
Dia tidak mahu melangkah sia-sia.

Kekuatannya silaturrahim.
Kerinduannya, tegaknya syariat Allah.
Kalau memang hak tujuannya, maka sabar dan kasih sayang strateginya.
Asma Amanina, cita-citanya tertinggi teragung syahid di jalan Allah.
Sungguh menarik. Kesibukannya, ia hanya asyik memperbaiki dirinya.
Dia tidak tertarik untuk mencari kekurangan apalagi aib orang lain.

Hadirilah majlis-majlis zikir.
Raihlah keperibadian berzikir.
Dengan selalu hadir menikmati hidangan hidayah Allah terlezat.
Zikrullah...

Tuesday, June 21, 2011

Engkau Ingin Berjuang

Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian,
Engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian,
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan.

Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan,
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban,
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin,
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan.

Engkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkan,
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaran,
Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan.

Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan,
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan,
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan,
Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan,
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan,
Yang sebenarnya, apa yang engkau hendak perjuangkan?