Saturday, July 30, 2011

Tinta Ramadhan #1

30 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban.

Bulan penuh barakah bakal tiba,
Esok sudah masuk hari syak, salah satu hari diharamkan berpuasa,
Sejauh mana persiapan diri telah dibuat?
Setakat buah tamar dengan air zam zam sahaja kah?
Apakah itu sahaja bekalanku di bulan itu?
Dimana letaknya persiapan diri yang 'sebenar'?
Persiapan untuk mengaut seluruh barakahnya?
Meraih cinta yang hakiki,
Mengapai kebahagian yang sejati,
Tamar sahaja tidak mampu membantu aku.
Ramadhan itu bulan ibadah,
Bulan untuk aku menyerah diri,
Tapi mampukah aku mengharungi Ramadahn kali ini,
Jika tiada persiapan yang asli,

Ramadan Kareem 1432H

Harapan Ramadhan















Raihan ft Man Bai
Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Monday, July 4, 2011

Tinta Tuan Guru #12

"Kita dalam Islam di didik bukan untuk menang pilihanraya sahaja, tetapi nak menang hingga sampai ke akhirat.

Justeru, kita perlu berpolitik biar sampai ke syurga dengan berpolitik dengan cara yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Bumi ini milik Allah.

Jika kita ke negara lain, kita perlu patuh kepada peraturan negara tersebut sekalipun kita merupakan pemimpin.

Demikian juga kita bertandang ke bumi Allah SWT, perlu patuh pada undang-undang kerajaan Allah SWT..."

Kuliah Pagi Jumaat di DUN tenang, 28 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Sunday, July 3, 2011

Tinta Tuan Guru #11

"MCA tidak faham Islam, justeru kerana itu mereka menolak hukum yang termaktub dalam syariat Islam.

 Bukan setakat MCA, UMNO sendiri pun tidak faham Islam. Jika UMNO faham Islam, mereka tidak akan menolak perjuangan menegakkan syariat Islam..."

Sidang Media ketika Kempen Pilihanraya DUN Tenang pada 27 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Saturday, July 2, 2011

Tinta Tuan Guru #10

"Pilihanraya ini ialah salah satu urusan hidup manusia, tujuannya ialah untuk memilih pemimpin. Nabi sendiri pun berebut untuk menjadi pemimpin, berlawan dengan Abu Jahal.

Sehingga baginda berhijrah ke Madinah semata-mata untuk menjadi pemimpin dengan tujuan menegakkan agama Allah SWT.

Jesteru, tugas kita bekerja dengan tujuan menjadi pemimpin ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.."

Ceramah Umum Di Felda Chempelak Barat DUN Tenang Pada 27 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011

Friday, July 1, 2011

Tinta Tuan Guru #9

"Di barat, falsafah pendidikan yang diperkenalkan ialah falsafah yang berteraskan fakta semata-mata.

Akal fikiran semata-mata dijadikan rujukan teras tanpa sebarang bimbingan wahyu menjadikan masyarakat barat mungkin maju dari sudut fizikalnya tetapi hancur dari sudut moral dan akhlak.

Lahirlah masyarakat yang boleh duduk sebumbung di antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan perkahwinan dan melahirkan zuriat yang di luar dari ikatan yang halal..."

Ucapan Pelancaran Pelan Strategik YIK Di Dewan Teratai, Kota Darul Naim Pada 20 Januari 2011

Sumber: Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 2011